Isnin, 18 Julai 2011

Bicara dari Hati....

Salam ukhwah fillah....

Di petang yang panas terik ini, terdeti hati ingin mencoret sesuatu di laman blog yang kiranya agak lama tiada entry baru mewarnai halamanku ini. Terasa tersedar dan tertampar (meminjam kata-kata seorang sahabat) apabila membaca tulisan blognya....keindahan bahasa dan sulaman bicaranya membuat hati bergelora untuk turut sama menulis sepertinya.

Aku sememangnya mempunyai minat dalam bidang penulisan ini walaupun terlalu banyak kekurangan dan masih perlu banyak belajar tentang kosa kata dan cara penyusunan ayat bagi menjadikan sesuatu untaian idea itu menarik dan memberi makna kepada sesiapa yang membaca.

Namun, aku menyedari untuk menyentuh hati orang lain kita perlu menyatakan apa yg kita rasa dengan ikhlas dan disulami dengan benih kasih sayang, barulah ia akan dapat dirasai dan mesej yang ingin kita berkongsi rasa itu tertaut antara hati ke hati. InsyaAllah...tulisan itu akan dapat membelai hati-hati yang inginkan siraman ilmu atau paling kurang pun perkongsian rasa dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk dengan apa telah kita lalui sepanjang hidup ini.

Sikap bertangguh-bertangguh....

Ia sudah sebati dalam diriku. Aduh!...terlalu payah untuk disingkirkan dari diari harian. Terkadang aktiviti yang ingin dilakukan sudah dirancang dengan sebaiknya TETAPI ia musnah sama sekali dalam sekelip mata kerana terlalu ikutkan cik tangguh. Pendek kata bolehlah ditafsirkan sebagai 'ikut mood'...Aku sedar, sikap ini terlalu bahaya untuk didiamkan tanpa ada tindakan rawatan, tapi kadang-kadang aku tertewas jua dengan sikap sambil lewa ini.

Aku perlukan petunjuk-Mu Ya ALLAH untuk menangkis serangan nafsu mazmumah ini. Aku perlukan sokongan dari sahabat-sahabat untuk menempelak sekiranya aku masih dipukau oleh cik tangguh ini dan sifat-sifat mazmumah lainnya dari menguasai diri ini. InsyaAllah...aku boleh lakukan dan akan sentiasa lakukan sehingga berjaya mendaki puncak iman tertinggi yang menghapus jalan-jalan mazmumah dan menumbuhkan pohon-pohon mahmudah seterusnya meraih bunga-bunga redha ALLAH....

Bak pepatah Arab "Jika anda mahu berbuat sesuatu, anda akan mencari jalan. Namun, jika anda tidak mahu berbuat sesuatu, anda akan mencari alasan"....renungkanlah wahai hati dan minda diri...

Pengajarannya, menulislah apa sahaja apa yg terlintas dalam benak fikiran dan pengalaman-pengalaman pahit manis sepanjang bertatih di bumi semaian amalan..bukan untuk riak (nauzubillahminzalik) tetapi hanya untuk berkongsi rasa dari jiwa ke jiwa sebagai hamba ALLAH yang akan senantiasa mencatat dosa dan pahala sebagai pengajaran bersama...itulah Hakikat Kembara Hamba....

0 comments:

Catat Ulasan