Rabu, 19 Oktober 2011

Pulihkan Semangatmu

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
 

 
Semangat kita naik turun. Ada masa kita ingin melakukan segala-galanya dan ada masa kita ingin tinggalkan segala-galanya. Apa yang kita harus percaya adalah dalam diri kita ada potensi luar biasa yang diberikan oleh Pencipta untuk digilap dan digali. Potensi kita akan mati jika dibiarkan terus berkubur bersama kelemahan dan keluh-kesah. Sebaliknya akan berkembang jika dicanai dengan semangat juang yang tinggi.

Saat semangat itu luntur, bagaimana potensi akan bisa berkembang?

Jadi kita harus mengembalikan semangat demi menggilap potensi ke tahap yang optimum. Sehebat mana pun besi yang diberikan kepada kita, ia akan berkarat jika dibiarkan di tengah hujan panas selama beberapa ketika. Namun, potensi besi boleh terlihat dalam kapal terbang yang berlegar di udara, pada kapal yang berlayar di lautan, pada senapang yang menembak tepat, dan pada tiang yang menjadi pasak bangunan.

Mungkinkah besi akan bererti jika tidak dilebur dan dicanai dengan sehabis baik?

Setelah diketuk dan diproses, barulah mungkin besi akan menjadi pedang yang hebat dan digeruni.

Masalahnya kita tidak ada kekuatan dan semangat untuk mencanai potensi diri, untuk menggilap setiap aspek yang kita miliki baik akalnya, jasadnya dan hatinya. Kita ibarat mayat hidup yang menunggu masa untuk berkubur bersama semangat yang luntur.

Cukup!!

Sudah lama kita melalui fasa kelemahan yang membuatkan agama dan bangsa kita dipandang lemah dan serong. Kerana kita tidak mahu mencari semangat yang hilang dan terus merencatkan potensi.
 
Mahasiswa Da’i Yang Down

Dalam satu aspek yang lain, masih ramai dalam kalangan kita yang normal namun dilanda penyakit “down”. Keadaannya mungkin lebih teruk lagi kerana pada saat itu kita mungkin tidak mahu lagi mendekati Allah dan lebih cenderung untuk membuang masa-masa berharga dalam kehidupan. Ingatlah bahawa Imam Hasan al-Banna pernah berpesan, Barangsiapa membuang masa, sesungguhnya dia membunuh diri kerana masa itu sendiri adalah kehidupan.

Oleh itu, mahasiswa da’i yang “down” merupakan sesuatu yang lebih berbahaya daripada orang yang mengalami Down Syndrome.

Banyak perkara yang bisa membuatkan kita down. Kadangkala pergaduhan kecil dengan teman lelaki atau wanita sudah boleh melemahkan kita (siapa suruh bercinta?). Kadangkala kegagalan menjawab peperiksaan dengan baik pun bisa melemahkan kita. Tidak ada wang pun boleh men"down”kan kita. Apa yang datang kepada kita sehari-hari mempunyai potensi untuk menyebabkan kita down. Namun jangan lupa bahawa apa yang datang itu juga mungkin bisa membuatkan kita “up” dan menjadi bertenaga.
 
 
Ubat Down 

Ketika kita down, kita pasti dapat merasakan bahawa hidup kita menjadi serba tidak kena. Tatkala itu, jangan biarkan kita terus dilanda kemurungan dan kesedihan. Ubati segera. Jika sakit badan jumpa doktor, jika sakit di hati jumpalah kawan-kawan yang boleh memberikan nasihat dan teguran. Atau lebih baik lagi jumpa ustaz atau ustazah. Itu sebagai terapi psikologi. Bahkan banyak lagi cara yang boleh kita lakukan. Baca al-Quran dan mentadabbur, solat di malam hari, berzikir di waktu senggang, senyum kepada orang lain, dan lain-lain.

Antara sebab kita selalu down ialah kita selalu berseorangan di masa lapang dan membuatkan kita terkenang perkara-perkara yang bisa membuatkan kita down. Jadi bercampurlah dengan teman-teman dan binalah perhubungan yang erat yang bisa memelihara kita daripada down sentiasa.

Wahai orang muda, wahai diriku yang juga muda, sampai bila engkau hanya akan melihat generasimu bermimpi-mimpi dalam dunia yang fana dan engkau terus hanyut bersama mereka?

Sampai bila hiburan akan menjadi santapan diri lantas rohani kelaparan dan dahagakan pengisian?

Sampai bila cinta remaja akan menjadi penghalang untuk kau terus maju mencapai cinta Ilahi?

Sampai bila engkau akan kecewa dengan manusia sedangkan Tuhan sentiasa menanti panggilanmu?

"Carilah semangat kita di dalam hidup. Jika tidak kita temui, carilah di dalam solat fardu dan sunat, carilah di sebalik doa rintihan di malam hari, carilah di sebalik bacaan al-Quran yang menusuk jiwa dan membina nurani. Carilah di sebalik penerokaan sirah Nabi dan para sahabat. Jika masih kau tidak temui, pohonlah agar dikurniakan kepadamu hati baru yang lebih bersemangat dan bertenaga."

Bukan masanya lagi kita dirundung lemah tiada akhirnya. Tetapi masanya kita memulihkan semangat yang tiada mati dan sentiasa segar di sisi Ilahi.

Akhir kata, up and down itu biasa dalam kehidupan, namun kita perlu bijak mengawal diri agar tidak selalu down. Jadilah orang yang bertenaga dan bersemangat.
“Mukmin yang kuat itu lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.”



(Sambungan daripada Muhasabah Diri 9:24)


 
--------------------------------
حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم

Jumaat, 19 Ogos 2011

HAID~WAJIB DIBACA oleh sesiapa yang bernama WANITA ISLAM...

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??


Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz~ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)                

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period maka solat tu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu.

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.


Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mahsyur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasawuf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.


Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.


2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.


"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
 1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
    ~Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka 
      baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
   ~Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar   
     boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
  ~Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi           
    haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka 
    perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

~Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

~maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.
                                                                                                                      

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.


Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat

( AMIRUL AMIN )

Sumber : Blog http://u-jam.blogspot.com/2010/08/haid-wajib-dibaca-kepada-sesiapa-yang.html

Rabu, 17 Ogos 2011

Perkara yang Yahudi suka & kita pun lakukan...

Perkongsian bersama..

Assalamualaikum...
Cuba renungkan... .kebenaran artikel ini....untuk rujukan kita bersama. Seminit untuk kita beringat...

DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara :

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustann yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hingga kita terfikir....bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Seks di mana-mana...di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak seks amat lumrah...kekadang adegan seks tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan seks...filem 18SX amat laris berbanding filem U...VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...Adakah filem barat yang tiada adegan seks? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar up to date..Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari kabaret....( aku tengok dalam filem P. Ramlee )....

4. ...Sport....
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak solat.. ...yang menonton pun tak solat juga .......Kalau menonton dirumah.... akan lambat solat sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL......Yahudi gol lagi........sampai ada ulamak kata...kerana sukan...solat boleh tangguh....Mashaallah....

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan... .Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan...Kalau kita ke kedai bateri kereta, di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ...Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah rambut diwarnakan, solat pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8. ...Food....
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah McD, Kentucky, Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika....siapa nak pergi check....halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap....Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi.... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan ALLAH....... ....... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat-ayat Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding :
Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air dan spray keliling rumah


1 minit untuk mengingati Allah

Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* SUBHANA'LLAH

* ALHAMDULI'LLAH

* LAA I LAAHA ILLA'LLAH

* ALLAHU AKBAR

* ASTAGHFIRU'LLAH

* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH

* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

Langkah 3:
* Forward artikel ini kepada orang yang anda kasihi..

-----------------
PANDUAN & NASIHAT
-----------------

Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:


"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka." (Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)




 
 

Isnin, 18 Julai 2011

Bicara dari Hati....

Salam ukhwah fillah....

Di petang yang panas terik ini, terdeti hati ingin mencoret sesuatu di laman blog yang kiranya agak lama tiada entry baru mewarnai halamanku ini. Terasa tersedar dan tertampar (meminjam kata-kata seorang sahabat) apabila membaca tulisan blognya....keindahan bahasa dan sulaman bicaranya membuat hati bergelora untuk turut sama menulis sepertinya.

Aku sememangnya mempunyai minat dalam bidang penulisan ini walaupun terlalu banyak kekurangan dan masih perlu banyak belajar tentang kosa kata dan cara penyusunan ayat bagi menjadikan sesuatu untaian idea itu menarik dan memberi makna kepada sesiapa yang membaca.

Namun, aku menyedari untuk menyentuh hati orang lain kita perlu menyatakan apa yg kita rasa dengan ikhlas dan disulami dengan benih kasih sayang, barulah ia akan dapat dirasai dan mesej yang ingin kita berkongsi rasa itu tertaut antara hati ke hati. InsyaAllah...tulisan itu akan dapat membelai hati-hati yang inginkan siraman ilmu atau paling kurang pun perkongsian rasa dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk dengan apa telah kita lalui sepanjang hidup ini.

Sikap bertangguh-bertangguh....

Ia sudah sebati dalam diriku. Aduh!...terlalu payah untuk disingkirkan dari diari harian. Terkadang aktiviti yang ingin dilakukan sudah dirancang dengan sebaiknya TETAPI ia musnah sama sekali dalam sekelip mata kerana terlalu ikutkan cik tangguh. Pendek kata bolehlah ditafsirkan sebagai 'ikut mood'...Aku sedar, sikap ini terlalu bahaya untuk didiamkan tanpa ada tindakan rawatan, tapi kadang-kadang aku tertewas jua dengan sikap sambil lewa ini.

Aku perlukan petunjuk-Mu Ya ALLAH untuk menangkis serangan nafsu mazmumah ini. Aku perlukan sokongan dari sahabat-sahabat untuk menempelak sekiranya aku masih dipukau oleh cik tangguh ini dan sifat-sifat mazmumah lainnya dari menguasai diri ini. InsyaAllah...aku boleh lakukan dan akan sentiasa lakukan sehingga berjaya mendaki puncak iman tertinggi yang menghapus jalan-jalan mazmumah dan menumbuhkan pohon-pohon mahmudah seterusnya meraih bunga-bunga redha ALLAH....

Bak pepatah Arab "Jika anda mahu berbuat sesuatu, anda akan mencari jalan. Namun, jika anda tidak mahu berbuat sesuatu, anda akan mencari alasan"....renungkanlah wahai hati dan minda diri...

Pengajarannya, menulislah apa sahaja apa yg terlintas dalam benak fikiran dan pengalaman-pengalaman pahit manis sepanjang bertatih di bumi semaian amalan..bukan untuk riak (nauzubillahminzalik) tetapi hanya untuk berkongsi rasa dari jiwa ke jiwa sebagai hamba ALLAH yang akan senantiasa mencatat dosa dan pahala sebagai pengajaran bersama...itulah Hakikat Kembara Hamba....

Khamis, 14 Julai 2011

Tiada apa nak dikata....

Sejuk dan boring...

Perasaan biasa yang dialami sepanjang 5 hari bekerja dalam seminggu. Aku seperti biasa pada setiap pagi pasti akan membuka ym (sudah semestinya...hehe), e-mel dan seterusnya blog-blog dan akhbar online yang menarik (dah lama tak baca surat khabar kerajaan). Macam-macam cerita dan berita ada. Kebanyakannya al-kisah BERSIH 2.0 yang menampilkan pelbagai kisah. Tatkala membaca dan dapat tahu tentangnya, pelbagai perasaan yang muncul di benak jiwa...marah, sakit hati, sedih, kecewa dan seangkatan dengannya. Tak patut langsung rakyat yang menyertai himpunan BERSIH 2.0 itu diperlakukan sebegitu rupa yang hanya ingin menunjukkan hasrat mereka agar pilihanraya akan datang bebas sebebas-bebasnya tanpa terikat dengan parti pemerintah kerana hasrat ini dipandang enteng sebelumnya...8 tuntutan yang diminta dibalas dengan pukulan, makian, semburan dan tembakan ala samseng jalanan..payah sangatkah nak faham tuntutan-tuntutan tu? Adakah ianya mengancam negara? Lu pikirlah sendiri...

Sebenarnya sudah lama aku tak menulis di ruangan ini. Bukannya apa, sebabnya mudah jak..laptop dan broadband tiada (baru mau beli...hehe). Ada masa terluang kat ofis ni, gunalah komputer ofis ni ha untuk update blog ni sikit. Nanti berhabuk pula kan...hehe.

Tiada apa nak dikata sebenarnya...sebelum menulis macam-macam benda yang terfikir nak ditulis tapi bila dah ada depan monitor ni, tetiba pula blur...takda banyak idea pula...oh idea! mari ke mari dikau..

Hujung minggu sepertinya banyak program yang nak dihadiri. Antaranya nak pergi tengok dan dengar ceramah Ustaz Kazim Elias kat Masjid Al-Ridzuan, AU3 Keramat katanya http://www.albarakah.org/legacy/. Lepas tu nak cuci mata kat pameran pedang Rasulullah s.a.w dan sahabat r.a di Shah Alam, Selangor http://www.mbsa.gov.my/home . Mari semua (^_^)

Rabu, 18 Mei 2011

~OFFICIALLY Deactive~



:.Pukul 12.00 am~13 Jamadil Akhir 1432H~17 Mei 2011~Hari Selasa.:

 Secara rasminya, akaun facebook aku tutup buat sementara waktu. Sehari sebelumnya, telah aku nyatakan awal-awal pada status yang berbunyi lebih kurang;

"Dimaklumkan kepada semua sahabat-sahabat fb, saya akan start deactive fb pada 17.5.2011. So, di kesempatan ini, saya ingin memohon seribu kemaafan sekiranya saya ada salah dan silap sepanjang tautan ukhwah antara kita. Saya doakan semoga semua sahabat sukses dunia dan akhirat. Jika ada benda penting nak gitau, just contact saya via phone, emel, ym atau blog. Sampai jumpa lagi semua..InsyaAllah..sayonara(^^,)v"


Ramai yang bertanya kenapa tetiba saja aku nak tutup akaun facebookku, yalah masakan tiada angin tiada ribut tiba-tiba pula nak tutup, mestilah semua pelik dan hairan. Aku sekadar menjawab ringkas,"Hendak beruzlah sekejap". Ada bertanya pula,"Nak menghilang ke mana?, aku jawab,"Ke mana? Di bumi ALLAH yang luas ini...hehe". Walau apa pun persoalannya, jawapanku ringkas seadanya,"Usah ditanya sebab keputusan di hati, hanya mencari ketenangan yang pasti".


"Hah! sekadar ingin mencari ketenangan? Apa facebook ini menghilangkan ketenteraman yang ada ke? Menyesakkan jiwa?". Mesti ada yang berkata seperti ini kan..Jawapanku,"Ya, facebook sedikit demi sedikit merenggut ketenteraman hati, mengganggu gugat tugas harianku di pejabat, melibatkan aku dalam dosa 24 jam di facebook. Ya, inilah keputusanku; muktamad. Keputusan yang aku ambil setelah neraca kewarasan akal dan sumbu ilmu pembacaan dan paparan video kuliyyah digunakan dengan sewajarnya.


Sememangnya tindakan ini telah lama bermain-main di benak fikiran, cuma baru sekarang keberanian itu muncul dalam merealisasikan tindakan konkrit. ALLAH S.W.T telah membuka hati dan minda sedarku melalui bacaan ilmu 'Di mana DIA di hatiku', buku hasil karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Memetik kata-katanya;

"Dalam hidup ini, manusia akan berhadapan dengan 2 perkara. Pertama, perkara yang PERLU dilakukan dan kedua, perkara yang SUKA dilakukan"

"Biasanya, perkara yang PERLU kita lakukan adalah perkara yang TIDAK SUKA kita lakukan dan perkara yang kita SUKA lakukan adalah perkara yang TIDAK PERLU kita lakukan"

"Ingat selalu, untuk berjaya dalam hidup kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak suka. Tiada pilihan, paksa diri kita untuk melakukannya!"

"Untuk mencapai apa yang diinginkan, kita mesti melakukan perubahan. Perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu bermujahadah dan berubah"

"Untuk melakukan perkara yang perlu dibuat walaupun kita tidak suka membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah (konsisten)"

"No pain, no gain - tidak ada kesakitan, tiada ganjaran. Justeru, untuk berjaya, mujahadah itu adalah wajib"

"Bermujahadah itu berperang dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu. Hawa nafsu yang hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan"

"Menentang hawa nafsu samalah dengan menentang diri sendiri"

"Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk 'menanam'. Di akhirat nanti tempat 'bermain'. Pay now, play later. Bayar di sini, berseronoklah di sana"

"Pesanan Saidina Ali...Beribadahlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan"




Oleh itu, sekarang adalah masa untuk berubah. Jadi, langkah menutup sementara akaun fb adalah langkah kecil menuju perubahan. "Kenapa tak tutup sahaja terus akaun fb tu kalau nak melakukan perubahan? Kenapa nyahtifkan untuk sementara sahaja?". Mesti ada yang mengajukan persoalan ini kan?. Jawapanku ringkas sahaja kerana ada beberapa maklumat penting di dalamnya yang tidak sempat untuk direkod atau dipindahkan ke fail lain. Apabila ianya selesai dilakukan, InsyaALLAH aku akan mengucapkan 'SELAMAT TINGGAL FACEBOOK' untuk selama-lamanya...

Sebenarnya apabila berbicara tentang penutupan facebook ni, ada pro dan kontranya. Ada yang setuju dan ada yang tidak. Ada yang bantah dan ada yang sokong. Walau apa pun alasannya, kita kena berbalik pada formula, TEPUK DADA, TANYA IMAN anda. Tanya iman kita, adakah ianya mampu menahan, mengawal atau mengawasi diri kita daripada terjerumus dengan dosa-dosa sepanjang berfacebook? Bisakah? Mampukah kau wahai iman?. Kalau iman anda kata ya, silakan dengan facebooknya. Enggak dilarang sih. Itu hak masing-masing. Cuma adakah anda pasti, iman anda mampu menangkis bisikan-bisikan hawa nafsu dan godaan syaitan sepanjang berfacebook all the time? Dan bagi yang mengatakan,"Aku berfacebook untuk menyebarkan dakwah", lagilah sangat-sangat tidak dilarang tapi pastikan dahulu niat hendak menyebarkan dakwah Islamiyyah itu betul-betul ikhlas Lillahi Taala. Ikhlaskah kita atau semata-mata hanya untuk mendapatkan pujian atau perhatian daripada rakan-rakan fb yang lain terutamanya rakan yang berlawanan jantina? Fikir-fikirkanlah...Tepuk dada, tanya iman, guna akal....fikirlah sendiri!
Cuba telusuri link di bawah dan nilailah dengan pandangan mata hati sendiri...

1.Ustaz Dr Abdul Basit Abdul, Facebook : Fitnah Dan Bala Akhir Zaman
(Source: http://www.youtube.com/watch?v=UrKs7E9W2jE , http://www.youtube.com/watch?v=SDr5aZwJBCw&feature=related)


2.Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal
(Source: http://www.ustaznoramin.com/2010/06/status-hukum-facebook.html


3. Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
(Source: http://www.zaharuddin.net/video-&-fikir/951-facebook-a-kilang-dosa.html, http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/937-jangan-promosi-dosa-di-facebook-a-blog.html, http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/930-dosa-dosa-a-facebook.html)


4. Shahmuzir (Source: http://muzir.wordpress.com/2010/12/23/facebook-oh-facebook/)


5. Ujub Zaman Moden (Source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1419-ujub-zaman-moden.html)


Lalu kurakamkan dialog hati ini untuk pengajaran bersama. Niatku tidak lain hanyalah ingin memujuk hatiku dan hatimu agar berani melakukan anjakan paradigma untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya jalan mujahadah itu susah tapi sangat indah! Di jalan itu, kau akan sentiasa digamit dan terhimpit antara dua cinta...Selamat berjuang dalam memburu suci sekeping hati...WALLAHUALLAM BISSAWWAB..


"CINTA DAN RINDU HANYA UNTUKMU YA ALLAH

KASIH DAN SAYANG HANYA PADAMU YA RASULULLAH"


Jumaat, 18 Mac 2011

Aku Bermonolog Sendiri....

          Jam dinding menunjukkan tepat pukul 9.30 malam. Suasana malam ini sungguh tenang, bebintang menyembunyikan dirinya di balik awan yang gelap. Sang bulan pun malu-malu untuk menonjolkan diri sekadar samar-samar kelihatan. Aku berteleku di hadapan laptop sahabatku yang pergi menunaikan tanggungjawabnya sebagai sang murabbi. "Kak nak pinjam laptop boleh?" aku mengajukan pertanyaan. "Boleh, cam biasalah ye kak buka laptop tu", kata sahabatku itu dengan senyuman manis di wajah. Memang menjadi kebiasaan lappynya akan menjadi 'mangsa' aku hampir setiap malam...hehe (^^,).

          Aku sebenarnya ingin berkongsi rasa dengan terbangkitnya keinginanku untuk menulis ketika ini kerana sebelum ini asyik tertangguh je. Asyik nak tunggu ada mood la baru nak menulis sebab kalau takda feel nak menulis, tak best. Ada-ada je kan...erm3. Tadi bukan main lagi macam banyak benda nak tulis, tapi sekarang ni tiba-tiba pula blur nak kongsi tentang apa dahulu. Erm...apa kata kita citer tentang....tentang apa ya.... lihat bawah dahulu....hehe.

Bermain-main di minda....
         
              Terlalu banyak benda yang sedang berlegar-legar di kotak fikiranku pada waktu ini. Bukan sahaja waktu ini tapi boleh dikatakan sepanjang masa la. Kadang-kadang fikir tentang kerja, itu memang biasalah kan bagi seorang yang berkerjaya seperti ambo. Kadang-kadang fikir tentang nak up-gradekan hidup seperti nak belajar memandu lepas tu nak dapatkan lesen memandu dan kemudiannya beli sebuah kereta idamanku. Kalau nak tahu, kereta idamanku buat masa ini adalah VIVA Exclusive Edition kaler merah hati gitu...hehe. Tapiiiiii...entah dapat ke tak sebabnya nak belajar memandu pun tak buat2 lagi. Camana nak beli kereta camtu? Dan kisah yang paling lucu tentang aku nak belajar memandu ni ialah sejak tahun 2009 lagi rasanya, aku kata kat kawan-kawan nak ambil lesen memandu lepas raya aidilfitri. Tapi ni dah tahun 2011 dah cik ainul ooi, masih tak buat-buat lagi. Erm3...lawak tak? Hinggakan kawan-kawan pun dah tak payah tanya dah soalan tu sebab konfem jawapan yang sama juga aku akan berikan, hahahaha....alahai (^^,)v

          Kotak fikiranku ini juga selalu memikirkan tentang cita-citaku nak sambung belajar ke peringkat degree. Bilalah masanya aku akan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading ya? Bukannya tak pernah pergi ke universiti-universiti sekitar KL ni seperti UKM dan UIA. Tapi pergi ke sana pun bila ada program je...hehe..bukannya datang sebagai student pun :)...Sebelum ni, aku pernah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaranku ke peringkat degree di UUM Sintok, Kedah di bawah course Perakaunan tetapi disebabkan masalah kewangan serta tidak mahu membebankan ibu bapaku dengan kos pengajian ketika itu, aku mengambil keputusan untuk bekerja bagi meringankan beban keluargaku. Aku mendapat 2 kali tawaran tetapi dua-duanya terpaksa aku tolak demi keluargaku. Bukannya takde pinjaman PTPTN, ada tu memang ada tapi aku telah pun buat pinjaman waktu ambil diploma sebelum ni. So, disebabkan tak nak menanggung hutang yang banyak, terpaksalah aku lupakan hasratku ini untuk seketika, yelah tak kerja lagi dah ada hutang yang banyak...aduss...sekarang ni pun aku tengah berhempas pulas melangsaikan hutang PTPTN ni yang agak besar juga jumlahnya buat kami yang berpendapatan sederhana ni lebih kurang dalam RM 18 000++ termasuk faedahnya sekali....mana mo cari itu luit manyak ma!...huhu                                                                                   
        Dan perkara ni lagi satu hal yang memang famous la muncul di benak jiwa dan fikiran...cewah..hehe...apalagi kalau bukan soal jodoh dan perkahwinan. Aku percaya perkara ni bukan aku sahaja yang senantiasa memikirkannya sebab ramai lagi kat luar sana mengalami hal yang sama, betul tak sahabat-sahabatku? Jangan tipu ye...Allah tahu apa yang ada di dalam hatiku dan hatimu...Setiap insan yang ada di muka bumi ni semestinya ingin dicintai dan mencintai sesamanya dan untuk merealisasikannya perlulah dilaksanakan melalui perkahwinan. Bohonglah kalau kita tak pernah memikirkan soal jodoh dan perkahwinan ni sebab dah fitrahnya setiap yang bernama manusia ni pasti akan ke arah itu suatu masa nanti. Betul tak?

"Di antara tanda-tanda kebesaranNya, bahawa Dia telah menjadikan bagi kamu berpasang-pasangan daripada kalangan kamu sendiri untuk kamu bertenang kepadanya dan ditimbulkan antara kamu kasih sayang dan belas kasihan."(Surah Ar-Rum [30]:21)
                                                                                                                                                                        
           Soal jodoh terletak di tangan Allah. Kita semua hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Cuma bezanya cepat atau lambat sahaja bergantung pada usaha masing-masing. Memilih itu perlu kerana kita bukannya nak berumahtangga untuk sehari dua tetapi kalau boleh biar hingga ke syurga. Macam mana hendak bercinta hingga ke syurga kalau bakal suami/isteri yang tercalon dalam senarai kita tu takde ciri-ciri pasangan soleh/solehah? Betul tak? Cuba pupuk dan tanamkan dalam hati agar kita tingkatkan kesabaran dari semasa ke semasa dalam menunggu jodoh daripada Allah S.W.T. Sejak azali lagi masing-masing daripada kita telah ditentukan jodohnya. Bersabar, bersabar dan bersabarlah.....minta kekuatan daripada Allah S.W.T...yang penting jaga ibadah, jaga pergaulan, jaga peribadi, insyaAllah bila tiba masanya akan ditemui juga sang peneman diri dan penghapus sunyi selama ini...     
                    
Ya Allah, Ya TuhankuPasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini...

Sesungguhnya jika bercakap tentang perkara yang popular ni, sampai besok pun takkan habis kan....dah-dah kita sambung lain kali ye...(^^,)

Jumaat, 11 Mac 2011

SeAnDaiNya WaNiTa TaHu.....

Seandainya wanita tahu....

  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif & mengambil berat (prihatin).

  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa & kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelelakiannya untuk menambat hati wanita.

  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita sebab itu mereka suka melihat wanita & menjeling wanita.

  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

  • Bila lelaki cakap, "Erm...tengoklah dulu"...itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

  • Kebanyakan lelaki yang nampak desperate datang dari sekolah all boys!

  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila wanita asyik menyebut nama lelaki lain.

  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal wanita dari perpustakaan atau buku semata-mata. Oleh itu, mereka selalu keliru dengan sikap wanita dan tak faham kenapa wanita bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan wanita supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan flirting dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan...:)

  • Bila sesuatu hubungan terputus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.

  • Bila seorang wanita meminati seseorang lelaki, wanita itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti....

  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada wanita yang dikasihi terutamanya ibu sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

  • Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana sekali pun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, wanita janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki. Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
                      
                      Jadikan Al-QURAN sebagai PENAWAR HATI
                                  ZIKRULLAH sebagai PENGHIBUR HATI
                                            SOLAT sebagai PELINDUNG DIRI
                                                   TAQWA sebagai BAJA DALAM HATI
                                    

Khamis, 17 Februari 2011

Tips Dapat Jodoh Yang Soleh & Solehah...InsyaAllah

Salam….
Di sini ada beberapa tips yg antum semua dapat praktikkan dalam kehidupan kita seharian...moga kita semua mendapat jodoh yang baik dan beriman..insya Allah..amin..

Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadis Nabi s.a.w bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam atau kerap dan niatkan supaya Allah S.W.T segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.


Membaca surah Al-Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah S.W.T segera jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadis, yang mana surah fatihah ada keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1, 3, 5, atau 7x atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah S.W.T berikan jodoh yang baik dan soleh.


Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh khusyuk dan pengharapan dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan masalah anda kepada Allah S.W.T, jika seseorang merahsiakan masalahnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah S.W.T akan bantu dia tetapi jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah S.W.T tidak akan bantu dalam masalah tersebut.


Berdoa di setiap selepas solat fardu dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah…


Bangun tengah malam solat solat sunat tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan khusyu’, insyaallah..
Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah S.W.T telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajelah orangnya ->Tawakkal.


Betulkan niat nak kahwin kerana Allah untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda Nabi s.a.w, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:

1. Seseorang yang berjihad dijalanNya.
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya.
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya.


Berdoa dengan khusyuk di waktu tertentu yang mustajab atau di tempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Di antara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5 pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat, dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.


Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat. Contoh paling simple; Pembuka: Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala Saidina Muhammad. Kemudian bacalah apa2 saja doa samada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir...Penutup: Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala Saidina Muhammad.


Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajelah dalam bahasa sendiri, Allah S.W.T Maha Mengetahui.


Selama beramal jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, syubhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.


InsyaAllah jika anda amalkan tips-tips di atas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-marut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah S.W.T Maha Kaya, Dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, Dia Maha Pengasih dan Maha Pemurah pula, Dia suka memberi, Dia suka manusia meminta dan berharap kepadaNya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah S.W.T memberi sahabat2 semua mendapat jodoh yang terbaik. Amin Ya Rabbal Alamin…(^^,)v

Lagu Insha Allah (versi Melayu) - Maher Zain

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang gelap
Tiada bantuan, tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..


Chorus

InshaAllah... InshaAllah...
InshaAllah... Ada Jalannya...
InshaAllah... InshaAllah...
InshaAllah... Ada Jalannya...


Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...


Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada yang Esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa
OOoo Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ahad, 13 Februari 2011

Antara Jumaat, bulan Rabiulawwal & kejutan harijadi....(^^,)



Jumaat, 11 Februari 2011......
           
          Hari ini bertambah lagi usiaku. Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku kesempatan untuk masih bernafas dan menghirup udara damai kehidupan di dunia fana ini. Lagi menambahkan kesyukuranku adalah ianya jatuh pada hari Jumaat, hari yang sama terlahirnya aku ke dunia ini menurut seperti yang mak beritahu.



8 Rabiulawwal 1432H....
           
         Tahun ini begitu istimewa sekali kerana aku menyambut hari kelahiranku dalam bulan yang sama dengan bulan kelahiran Nabiku; Nabi Muhammad s.a.w....Ironinya, valentine yang haram dan mengarut itu pun disambut dalam bulan ini dan kebetulannya jatuh sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul....Mudah-mudahan umat Islam seluruhnya terutamanya di Malaysiaku tercinta ini tidak bersekongkol dalam meraikan perayaan orang kafir itu sebaliknya berkobar-kobar untuk menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w....Ingat! Majlis Fatwa Malaysia telah mengharamkan valentine maka jangan degil ye saudara-saudaraku semua...Walaupun diri ini tidak pernah bertemumu ya Rasulullah, namun aku sentiasa berharap dan berdoa agar mendapat syafaatmu dan dapat bertemumu dalam keadaan mulia bukan dalam keadaan yang hina andai tiba masanya yang Allah S.W.T tetapkan nanti.....amin ya rabbal alamin....





Besday Surprise!!!
           
         Part ni yang seronok sangat. Tak sangka sahabat-sahabat yang tercinta sanggup meluangkan masa untuk memberikan kejutan sambutan harijadi untuk diriku...memang terkejut dan tak sangka mereka datang ke rumah semata-mata untuk meraikannya untuk aku dengan sebiji kek yang comel, menu mee kari dan kuetiau goreng yang sahabatku bersusah payah memasaknya untuk kami makan bersama-sama...terharu sangat-sangat...kiranya seperti makan kenduri plak time tu sebab makanan banyakkk sangat...syukran sahabat-sahabatku...kalian semua telah menceriakan hidupku...luv u all...semoga ukhwah fillah ni berkekalan hingga ke akhirnya...ukhwah fillah abadan abada...insyaAllah (^^,)


            Life's like a novel, many chapters read & forgotten
                          But there's one i won't forgot
         It's the chapter when i met u & we become a friend.........

KuNcI PeRsAHaBaTan....

  • Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan tetapi jangan mengenepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda.
  •  Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  • Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh, kecacatan dan kelemahan masing-masing. Oleh itu, menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  • Hargai pendapat satu sama lain.
  • Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekali pun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
  • Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  • Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda untuk melepaskan perasaan kepada mereka tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula. :)
  • Belajar daripada satu sama lain.
  • Jangan mengata di belakang kawan anda.
  • Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.