Khamis, 17 Februari 2011

Tips Dapat Jodoh Yang Soleh & Solehah...InsyaAllah

Salam….
Di sini ada beberapa tips yg antum semua dapat praktikkan dalam kehidupan kita seharian...moga kita semua mendapat jodoh yang baik dan beriman..insya Allah..amin..

Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadis Nabi s.a.w bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam atau kerap dan niatkan supaya Allah S.W.T segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.


Membaca surah Al-Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah S.W.T segera jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadis, yang mana surah fatihah ada keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1, 3, 5, atau 7x atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah S.W.T berikan jodoh yang baik dan soleh.


Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh khusyuk dan pengharapan dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan masalah anda kepada Allah S.W.T, jika seseorang merahsiakan masalahnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah S.W.T akan bantu dia tetapi jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah S.W.T tidak akan bantu dalam masalah tersebut.


Berdoa di setiap selepas solat fardu dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah…


Bangun tengah malam solat solat sunat tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan khusyu’, insyaallah..
Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah S.W.T telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajelah orangnya ->Tawakkal.


Betulkan niat nak kahwin kerana Allah untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda Nabi s.a.w, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:

1. Seseorang yang berjihad dijalanNya.
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya.
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya.


Berdoa dengan khusyuk di waktu tertentu yang mustajab atau di tempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Di antara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5 pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat, dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.


Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat. Contoh paling simple; Pembuka: Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala Saidina Muhammad. Kemudian bacalah apa2 saja doa samada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir...Penutup: Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala Saidina Muhammad.


Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajelah dalam bahasa sendiri, Allah S.W.T Maha Mengetahui.


Selama beramal jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, syubhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.


InsyaAllah jika anda amalkan tips-tips di atas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-marut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah S.W.T Maha Kaya, Dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, Dia Maha Pengasih dan Maha Pemurah pula, Dia suka memberi, Dia suka manusia meminta dan berharap kepadaNya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah S.W.T memberi sahabat2 semua mendapat jodoh yang terbaik. Amin Ya Rabbal Alamin…(^^,)v

0 comments:

Catat Ulasan