Isnin, 18 Julai 2011

Bicara dari Hati....

Salam ukhwah fillah....

Di petang yang panas terik ini, terdeti hati ingin mencoret sesuatu di laman blog yang kiranya agak lama tiada entry baru mewarnai halamanku ini. Terasa tersedar dan tertampar (meminjam kata-kata seorang sahabat) apabila membaca tulisan blognya....keindahan bahasa dan sulaman bicaranya membuat hati bergelora untuk turut sama menulis sepertinya.

Aku sememangnya mempunyai minat dalam bidang penulisan ini walaupun terlalu banyak kekurangan dan masih perlu banyak belajar tentang kosa kata dan cara penyusunan ayat bagi menjadikan sesuatu untaian idea itu menarik dan memberi makna kepada sesiapa yang membaca.

Namun, aku menyedari untuk menyentuh hati orang lain kita perlu menyatakan apa yg kita rasa dengan ikhlas dan disulami dengan benih kasih sayang, barulah ia akan dapat dirasai dan mesej yang ingin kita berkongsi rasa itu tertaut antara hati ke hati. InsyaAllah...tulisan itu akan dapat membelai hati-hati yang inginkan siraman ilmu atau paling kurang pun perkongsian rasa dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk dengan apa telah kita lalui sepanjang hidup ini.

Sikap bertangguh-bertangguh....

Ia sudah sebati dalam diriku. Aduh!...terlalu payah untuk disingkirkan dari diari harian. Terkadang aktiviti yang ingin dilakukan sudah dirancang dengan sebaiknya TETAPI ia musnah sama sekali dalam sekelip mata kerana terlalu ikutkan cik tangguh. Pendek kata bolehlah ditafsirkan sebagai 'ikut mood'...Aku sedar, sikap ini terlalu bahaya untuk didiamkan tanpa ada tindakan rawatan, tapi kadang-kadang aku tertewas jua dengan sikap sambil lewa ini.

Aku perlukan petunjuk-Mu Ya ALLAH untuk menangkis serangan nafsu mazmumah ini. Aku perlukan sokongan dari sahabat-sahabat untuk menempelak sekiranya aku masih dipukau oleh cik tangguh ini dan sifat-sifat mazmumah lainnya dari menguasai diri ini. InsyaAllah...aku boleh lakukan dan akan sentiasa lakukan sehingga berjaya mendaki puncak iman tertinggi yang menghapus jalan-jalan mazmumah dan menumbuhkan pohon-pohon mahmudah seterusnya meraih bunga-bunga redha ALLAH....

Bak pepatah Arab "Jika anda mahu berbuat sesuatu, anda akan mencari jalan. Namun, jika anda tidak mahu berbuat sesuatu, anda akan mencari alasan"....renungkanlah wahai hati dan minda diri...

Pengajarannya, menulislah apa sahaja apa yg terlintas dalam benak fikiran dan pengalaman-pengalaman pahit manis sepanjang bertatih di bumi semaian amalan..bukan untuk riak (nauzubillahminzalik) tetapi hanya untuk berkongsi rasa dari jiwa ke jiwa sebagai hamba ALLAH yang akan senantiasa mencatat dosa dan pahala sebagai pengajaran bersama...itulah Hakikat Kembara Hamba....

Khamis, 14 Julai 2011

Tiada apa nak dikata....

Sejuk dan boring...

Perasaan biasa yang dialami sepanjang 5 hari bekerja dalam seminggu. Aku seperti biasa pada setiap pagi pasti akan membuka ym (sudah semestinya...hehe), e-mel dan seterusnya blog-blog dan akhbar online yang menarik (dah lama tak baca surat khabar kerajaan). Macam-macam cerita dan berita ada. Kebanyakannya al-kisah BERSIH 2.0 yang menampilkan pelbagai kisah. Tatkala membaca dan dapat tahu tentangnya, pelbagai perasaan yang muncul di benak jiwa...marah, sakit hati, sedih, kecewa dan seangkatan dengannya. Tak patut langsung rakyat yang menyertai himpunan BERSIH 2.0 itu diperlakukan sebegitu rupa yang hanya ingin menunjukkan hasrat mereka agar pilihanraya akan datang bebas sebebas-bebasnya tanpa terikat dengan parti pemerintah kerana hasrat ini dipandang enteng sebelumnya...8 tuntutan yang diminta dibalas dengan pukulan, makian, semburan dan tembakan ala samseng jalanan..payah sangatkah nak faham tuntutan-tuntutan tu? Adakah ianya mengancam negara? Lu pikirlah sendiri...

Sebenarnya sudah lama aku tak menulis di ruangan ini. Bukannya apa, sebabnya mudah jak..laptop dan broadband tiada (baru mau beli...hehe). Ada masa terluang kat ofis ni, gunalah komputer ofis ni ha untuk update blog ni sikit. Nanti berhabuk pula kan...hehe.

Tiada apa nak dikata sebenarnya...sebelum menulis macam-macam benda yang terfikir nak ditulis tapi bila dah ada depan monitor ni, tetiba pula blur...takda banyak idea pula...oh idea! mari ke mari dikau..

Hujung minggu sepertinya banyak program yang nak dihadiri. Antaranya nak pergi tengok dan dengar ceramah Ustaz Kazim Elias kat Masjid Al-Ridzuan, AU3 Keramat katanya http://www.albarakah.org/legacy/. Lepas tu nak cuci mata kat pameran pedang Rasulullah s.a.w dan sahabat r.a di Shah Alam, Selangor http://www.mbsa.gov.my/home . Mari semua (^_^)