Seandainya wanita tahu....
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif & mengambil berat (prihatin).
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa & kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelelakiannya untuk menambat hati wanita.
- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita sebab itu mereka suka melihat wanita & menjeling wanita.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap, "Erm...tengoklah dulu"...itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yang nampak desperate datang dari sekolah all boys!
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila wanita asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal wanita dari perpustakaan atau buku semata-mata. Oleh itu, mereka selalu keliru dengan sikap wanita dan tak faham kenapa wanita bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan wanita supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan flirting dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan...:)
- Bila sesuatu hubungan terputus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang wanita meminati seseorang lelaki, wanita itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti....
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
- Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada wanita yang dikasihi terutamanya ibu sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
- Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana sekali pun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, wanita janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki. Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
Jadikan Al-QURAN sebagai PENAWAR HATI
ZIKRULLAH sebagai PENGHIBUR HATI
SOLAT sebagai PELINDUNG DIRI
TAQWA sebagai BAJA DALAM HATI
1 comments:
oh baguslah tu....
Catat Ulasan