Rabu, 18 Mei 2011

~OFFICIALLY Deactive~



:.Pukul 12.00 am~13 Jamadil Akhir 1432H~17 Mei 2011~Hari Selasa.:

 Secara rasminya, akaun facebook aku tutup buat sementara waktu. Sehari sebelumnya, telah aku nyatakan awal-awal pada status yang berbunyi lebih kurang;

"Dimaklumkan kepada semua sahabat-sahabat fb, saya akan start deactive fb pada 17.5.2011. So, di kesempatan ini, saya ingin memohon seribu kemaafan sekiranya saya ada salah dan silap sepanjang tautan ukhwah antara kita. Saya doakan semoga semua sahabat sukses dunia dan akhirat. Jika ada benda penting nak gitau, just contact saya via phone, emel, ym atau blog. Sampai jumpa lagi semua..InsyaAllah..sayonara(^^,)v"


Ramai yang bertanya kenapa tetiba saja aku nak tutup akaun facebookku, yalah masakan tiada angin tiada ribut tiba-tiba pula nak tutup, mestilah semua pelik dan hairan. Aku sekadar menjawab ringkas,"Hendak beruzlah sekejap". Ada bertanya pula,"Nak menghilang ke mana?, aku jawab,"Ke mana? Di bumi ALLAH yang luas ini...hehe". Walau apa pun persoalannya, jawapanku ringkas seadanya,"Usah ditanya sebab keputusan di hati, hanya mencari ketenangan yang pasti".


"Hah! sekadar ingin mencari ketenangan? Apa facebook ini menghilangkan ketenteraman yang ada ke? Menyesakkan jiwa?". Mesti ada yang berkata seperti ini kan..Jawapanku,"Ya, facebook sedikit demi sedikit merenggut ketenteraman hati, mengganggu gugat tugas harianku di pejabat, melibatkan aku dalam dosa 24 jam di facebook. Ya, inilah keputusanku; muktamad. Keputusan yang aku ambil setelah neraca kewarasan akal dan sumbu ilmu pembacaan dan paparan video kuliyyah digunakan dengan sewajarnya.


Sememangnya tindakan ini telah lama bermain-main di benak fikiran, cuma baru sekarang keberanian itu muncul dalam merealisasikan tindakan konkrit. ALLAH S.W.T telah membuka hati dan minda sedarku melalui bacaan ilmu 'Di mana DIA di hatiku', buku hasil karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Memetik kata-katanya;

"Dalam hidup ini, manusia akan berhadapan dengan 2 perkara. Pertama, perkara yang PERLU dilakukan dan kedua, perkara yang SUKA dilakukan"

"Biasanya, perkara yang PERLU kita lakukan adalah perkara yang TIDAK SUKA kita lakukan dan perkara yang kita SUKA lakukan adalah perkara yang TIDAK PERLU kita lakukan"

"Ingat selalu, untuk berjaya dalam hidup kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak suka. Tiada pilihan, paksa diri kita untuk melakukannya!"

"Untuk mencapai apa yang diinginkan, kita mesti melakukan perubahan. Perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu bermujahadah dan berubah"

"Untuk melakukan perkara yang perlu dibuat walaupun kita tidak suka membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah (konsisten)"

"No pain, no gain - tidak ada kesakitan, tiada ganjaran. Justeru, untuk berjaya, mujahadah itu adalah wajib"

"Bermujahadah itu berperang dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu. Hawa nafsu yang hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan"

"Menentang hawa nafsu samalah dengan menentang diri sendiri"

"Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk 'menanam'. Di akhirat nanti tempat 'bermain'. Pay now, play later. Bayar di sini, berseronoklah di sana"

"Pesanan Saidina Ali...Beribadahlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan"




Oleh itu, sekarang adalah masa untuk berubah. Jadi, langkah menutup sementara akaun fb adalah langkah kecil menuju perubahan. "Kenapa tak tutup sahaja terus akaun fb tu kalau nak melakukan perubahan? Kenapa nyahtifkan untuk sementara sahaja?". Mesti ada yang mengajukan persoalan ini kan?. Jawapanku ringkas sahaja kerana ada beberapa maklumat penting di dalamnya yang tidak sempat untuk direkod atau dipindahkan ke fail lain. Apabila ianya selesai dilakukan, InsyaALLAH aku akan mengucapkan 'SELAMAT TINGGAL FACEBOOK' untuk selama-lamanya...

Sebenarnya apabila berbicara tentang penutupan facebook ni, ada pro dan kontranya. Ada yang setuju dan ada yang tidak. Ada yang bantah dan ada yang sokong. Walau apa pun alasannya, kita kena berbalik pada formula, TEPUK DADA, TANYA IMAN anda. Tanya iman kita, adakah ianya mampu menahan, mengawal atau mengawasi diri kita daripada terjerumus dengan dosa-dosa sepanjang berfacebook? Bisakah? Mampukah kau wahai iman?. Kalau iman anda kata ya, silakan dengan facebooknya. Enggak dilarang sih. Itu hak masing-masing. Cuma adakah anda pasti, iman anda mampu menangkis bisikan-bisikan hawa nafsu dan godaan syaitan sepanjang berfacebook all the time? Dan bagi yang mengatakan,"Aku berfacebook untuk menyebarkan dakwah", lagilah sangat-sangat tidak dilarang tapi pastikan dahulu niat hendak menyebarkan dakwah Islamiyyah itu betul-betul ikhlas Lillahi Taala. Ikhlaskah kita atau semata-mata hanya untuk mendapatkan pujian atau perhatian daripada rakan-rakan fb yang lain terutamanya rakan yang berlawanan jantina? Fikir-fikirkanlah...Tepuk dada, tanya iman, guna akal....fikirlah sendiri!
Cuba telusuri link di bawah dan nilailah dengan pandangan mata hati sendiri...

1.Ustaz Dr Abdul Basit Abdul, Facebook : Fitnah Dan Bala Akhir Zaman
(Source: http://www.youtube.com/watch?v=UrKs7E9W2jE , http://www.youtube.com/watch?v=SDr5aZwJBCw&feature=related)


2.Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal
(Source: http://www.ustaznoramin.com/2010/06/status-hukum-facebook.html


3. Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
(Source: http://www.zaharuddin.net/video-&-fikir/951-facebook-a-kilang-dosa.html, http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/937-jangan-promosi-dosa-di-facebook-a-blog.html, http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/930-dosa-dosa-a-facebook.html)


4. Shahmuzir (Source: http://muzir.wordpress.com/2010/12/23/facebook-oh-facebook/)


5. Ujub Zaman Moden (Source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1419-ujub-zaman-moden.html)


Lalu kurakamkan dialog hati ini untuk pengajaran bersama. Niatku tidak lain hanyalah ingin memujuk hatiku dan hatimu agar berani melakukan anjakan paradigma untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya jalan mujahadah itu susah tapi sangat indah! Di jalan itu, kau akan sentiasa digamit dan terhimpit antara dua cinta...Selamat berjuang dalam memburu suci sekeping hati...WALLAHUALLAM BISSAWWAB..


"CINTA DAN RINDU HANYA UNTUKMU YA ALLAH

KASIH DAN SAYANG HANYA PADAMU YA RASULULLAH"