Jumaat, 18 Mac 2011

Aku Bermonolog Sendiri....

          Jam dinding menunjukkan tepat pukul 9.30 malam. Suasana malam ini sungguh tenang, bebintang menyembunyikan dirinya di balik awan yang gelap. Sang bulan pun malu-malu untuk menonjolkan diri sekadar samar-samar kelihatan. Aku berteleku di hadapan laptop sahabatku yang pergi menunaikan tanggungjawabnya sebagai sang murabbi. "Kak nak pinjam laptop boleh?" aku mengajukan pertanyaan. "Boleh, cam biasalah ye kak buka laptop tu", kata sahabatku itu dengan senyuman manis di wajah. Memang menjadi kebiasaan lappynya akan menjadi 'mangsa' aku hampir setiap malam...hehe (^^,).

          Aku sebenarnya ingin berkongsi rasa dengan terbangkitnya keinginanku untuk menulis ketika ini kerana sebelum ini asyik tertangguh je. Asyik nak tunggu ada mood la baru nak menulis sebab kalau takda feel nak menulis, tak best. Ada-ada je kan...erm3. Tadi bukan main lagi macam banyak benda nak tulis, tapi sekarang ni tiba-tiba pula blur nak kongsi tentang apa dahulu. Erm...apa kata kita citer tentang....tentang apa ya.... lihat bawah dahulu....hehe.

Bermain-main di minda....
         
              Terlalu banyak benda yang sedang berlegar-legar di kotak fikiranku pada waktu ini. Bukan sahaja waktu ini tapi boleh dikatakan sepanjang masa la. Kadang-kadang fikir tentang kerja, itu memang biasalah kan bagi seorang yang berkerjaya seperti ambo. Kadang-kadang fikir tentang nak up-gradekan hidup seperti nak belajar memandu lepas tu nak dapatkan lesen memandu dan kemudiannya beli sebuah kereta idamanku. Kalau nak tahu, kereta idamanku buat masa ini adalah VIVA Exclusive Edition kaler merah hati gitu...hehe. Tapiiiiii...entah dapat ke tak sebabnya nak belajar memandu pun tak buat2 lagi. Camana nak beli kereta camtu? Dan kisah yang paling lucu tentang aku nak belajar memandu ni ialah sejak tahun 2009 lagi rasanya, aku kata kat kawan-kawan nak ambil lesen memandu lepas raya aidilfitri. Tapi ni dah tahun 2011 dah cik ainul ooi, masih tak buat-buat lagi. Erm3...lawak tak? Hinggakan kawan-kawan pun dah tak payah tanya dah soalan tu sebab konfem jawapan yang sama juga aku akan berikan, hahahaha....alahai (^^,)v

          Kotak fikiranku ini juga selalu memikirkan tentang cita-citaku nak sambung belajar ke peringkat degree. Bilalah masanya aku akan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading ya? Bukannya tak pernah pergi ke universiti-universiti sekitar KL ni seperti UKM dan UIA. Tapi pergi ke sana pun bila ada program je...hehe..bukannya datang sebagai student pun :)...Sebelum ni, aku pernah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaranku ke peringkat degree di UUM Sintok, Kedah di bawah course Perakaunan tetapi disebabkan masalah kewangan serta tidak mahu membebankan ibu bapaku dengan kos pengajian ketika itu, aku mengambil keputusan untuk bekerja bagi meringankan beban keluargaku. Aku mendapat 2 kali tawaran tetapi dua-duanya terpaksa aku tolak demi keluargaku. Bukannya takde pinjaman PTPTN, ada tu memang ada tapi aku telah pun buat pinjaman waktu ambil diploma sebelum ni. So, disebabkan tak nak menanggung hutang yang banyak, terpaksalah aku lupakan hasratku ini untuk seketika, yelah tak kerja lagi dah ada hutang yang banyak...aduss...sekarang ni pun aku tengah berhempas pulas melangsaikan hutang PTPTN ni yang agak besar juga jumlahnya buat kami yang berpendapatan sederhana ni lebih kurang dalam RM 18 000++ termasuk faedahnya sekali....mana mo cari itu luit manyak ma!...huhu                                                                                   
        Dan perkara ni lagi satu hal yang memang famous la muncul di benak jiwa dan fikiran...cewah..hehe...apalagi kalau bukan soal jodoh dan perkahwinan. Aku percaya perkara ni bukan aku sahaja yang senantiasa memikirkannya sebab ramai lagi kat luar sana mengalami hal yang sama, betul tak sahabat-sahabatku? Jangan tipu ye...Allah tahu apa yang ada di dalam hatiku dan hatimu...Setiap insan yang ada di muka bumi ni semestinya ingin dicintai dan mencintai sesamanya dan untuk merealisasikannya perlulah dilaksanakan melalui perkahwinan. Bohonglah kalau kita tak pernah memikirkan soal jodoh dan perkahwinan ni sebab dah fitrahnya setiap yang bernama manusia ni pasti akan ke arah itu suatu masa nanti. Betul tak?

"Di antara tanda-tanda kebesaranNya, bahawa Dia telah menjadikan bagi kamu berpasang-pasangan daripada kalangan kamu sendiri untuk kamu bertenang kepadanya dan ditimbulkan antara kamu kasih sayang dan belas kasihan."(Surah Ar-Rum [30]:21)
                                                                                                                                                                        
           Soal jodoh terletak di tangan Allah. Kita semua hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Cuma bezanya cepat atau lambat sahaja bergantung pada usaha masing-masing. Memilih itu perlu kerana kita bukannya nak berumahtangga untuk sehari dua tetapi kalau boleh biar hingga ke syurga. Macam mana hendak bercinta hingga ke syurga kalau bakal suami/isteri yang tercalon dalam senarai kita tu takde ciri-ciri pasangan soleh/solehah? Betul tak? Cuba pupuk dan tanamkan dalam hati agar kita tingkatkan kesabaran dari semasa ke semasa dalam menunggu jodoh daripada Allah S.W.T. Sejak azali lagi masing-masing daripada kita telah ditentukan jodohnya. Bersabar, bersabar dan bersabarlah.....minta kekuatan daripada Allah S.W.T...yang penting jaga ibadah, jaga pergaulan, jaga peribadi, insyaAllah bila tiba masanya akan ditemui juga sang peneman diri dan penghapus sunyi selama ini...     
                    
Ya Allah, Ya TuhankuPasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini...

Sesungguhnya jika bercakap tentang perkara yang popular ni, sampai besok pun takkan habis kan....dah-dah kita sambung lain kali ye...(^^,)

1 comments:

mydiario berkata...

hehe.. comelnyer senyuman sahabatku tu.. =)

Catat Ulasan