Khamis, 17 Februari 2011

Tips Dapat Jodoh Yang Soleh & Solehah...InsyaAllah

Salam….
Di sini ada beberapa tips yg antum semua dapat praktikkan dalam kehidupan kita seharian...moga kita semua mendapat jodoh yang baik dan beriman..insya Allah..amin..

Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadis Nabi s.a.w bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam atau kerap dan niatkan supaya Allah S.W.T segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.


Membaca surah Al-Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah S.W.T segera jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadis, yang mana surah fatihah ada keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1, 3, 5, atau 7x atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah S.W.T berikan jodoh yang baik dan soleh.


Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh khusyuk dan pengharapan dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan masalah anda kepada Allah S.W.T, jika seseorang merahsiakan masalahnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah S.W.T akan bantu dia tetapi jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah S.W.T tidak akan bantu dalam masalah tersebut.


Berdoa di setiap selepas solat fardu dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah…


Bangun tengah malam solat solat sunat tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan khusyu’, insyaallah..
Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah S.W.T telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajelah orangnya ->Tawakkal.


Betulkan niat nak kahwin kerana Allah untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda Nabi s.a.w, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:

1. Seseorang yang berjihad dijalanNya.
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya.
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya.


Berdoa dengan khusyuk di waktu tertentu yang mustajab atau di tempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Di antara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5 pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat, dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.


Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat. Contoh paling simple; Pembuka: Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala Saidina Muhammad. Kemudian bacalah apa2 saja doa samada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir...Penutup: Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala Saidina Muhammad.


Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajelah dalam bahasa sendiri, Allah S.W.T Maha Mengetahui.


Selama beramal jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, syubhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.


InsyaAllah jika anda amalkan tips-tips di atas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-marut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah S.W.T Maha Kaya, Dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, Dia Maha Pengasih dan Maha Pemurah pula, Dia suka memberi, Dia suka manusia meminta dan berharap kepadaNya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah S.W.T memberi sahabat2 semua mendapat jodoh yang terbaik. Amin Ya Rabbal Alamin…(^^,)v

Lagu Insha Allah (versi Melayu) - Maher Zain

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang gelap
Tiada bantuan, tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..


Chorus

InshaAllah... InshaAllah...
InshaAllah... Ada Jalannya...
InshaAllah... InshaAllah...
InshaAllah... Ada Jalannya...


Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...


Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada yang Esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa
OOoo Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ahad, 13 Februari 2011

Antara Jumaat, bulan Rabiulawwal & kejutan harijadi....(^^,)



Jumaat, 11 Februari 2011......
           
          Hari ini bertambah lagi usiaku. Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku kesempatan untuk masih bernafas dan menghirup udara damai kehidupan di dunia fana ini. Lagi menambahkan kesyukuranku adalah ianya jatuh pada hari Jumaat, hari yang sama terlahirnya aku ke dunia ini menurut seperti yang mak beritahu.



8 Rabiulawwal 1432H....
           
         Tahun ini begitu istimewa sekali kerana aku menyambut hari kelahiranku dalam bulan yang sama dengan bulan kelahiran Nabiku; Nabi Muhammad s.a.w....Ironinya, valentine yang haram dan mengarut itu pun disambut dalam bulan ini dan kebetulannya jatuh sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul....Mudah-mudahan umat Islam seluruhnya terutamanya di Malaysiaku tercinta ini tidak bersekongkol dalam meraikan perayaan orang kafir itu sebaliknya berkobar-kobar untuk menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w....Ingat! Majlis Fatwa Malaysia telah mengharamkan valentine maka jangan degil ye saudara-saudaraku semua...Walaupun diri ini tidak pernah bertemumu ya Rasulullah, namun aku sentiasa berharap dan berdoa agar mendapat syafaatmu dan dapat bertemumu dalam keadaan mulia bukan dalam keadaan yang hina andai tiba masanya yang Allah S.W.T tetapkan nanti.....amin ya rabbal alamin....





Besday Surprise!!!
           
         Part ni yang seronok sangat. Tak sangka sahabat-sahabat yang tercinta sanggup meluangkan masa untuk memberikan kejutan sambutan harijadi untuk diriku...memang terkejut dan tak sangka mereka datang ke rumah semata-mata untuk meraikannya untuk aku dengan sebiji kek yang comel, menu mee kari dan kuetiau goreng yang sahabatku bersusah payah memasaknya untuk kami makan bersama-sama...terharu sangat-sangat...kiranya seperti makan kenduri plak time tu sebab makanan banyakkk sangat...syukran sahabat-sahabatku...kalian semua telah menceriakan hidupku...luv u all...semoga ukhwah fillah ni berkekalan hingga ke akhirnya...ukhwah fillah abadan abada...insyaAllah (^^,)


            Life's like a novel, many chapters read & forgotten
                          But there's one i won't forgot
         It's the chapter when i met u & we become a friend.........

KuNcI PeRsAHaBaTan....

  • Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan tetapi jangan mengenepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda.
  •  Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  • Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh, kecacatan dan kelemahan masing-masing. Oleh itu, menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  • Hargai pendapat satu sama lain.
  • Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekali pun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
  • Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
  • Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda untuk melepaskan perasaan kepada mereka tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula. :)
  • Belajar daripada satu sama lain.
  • Jangan mengata di belakang kawan anda.
  • Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.